Nadi X Keusahawaan: Pra Latihan Perancangan Kewangan & Perniagaan
6 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 05 Mei 2026 bersamaan hari Selasa, Pra Latihan Perancangan Kewangan & Perniagaan telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas perancangan perniagaan yang berkesan, termasuk strategi membangunkan idea perniagaan, pengurusan kewangan, serta perancangan pemasaran.
Aktiviti Utama:
1. Cerita Bisnes Pak Abu
2. Apa itu Bisnes Plan?
3. Urus Duit Bisnes
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi pendedahan yang jelas dan bermanfaat kepada peserta mengenai asas-asas penting dalam perancangan dan pengurusan perniagaan. Peserta dapat memahami kepentingan menyediakan pelan perniagaan yang teratur, mengurus kewangan dengan berkesan serta mengenal pasti strategi yang sesuai untuk membangunkan perniagaan. Program ini berjaya meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan keyakinan peserta dalam membuat persediaan awal untuk menceburi bidang keusahawanan secara lebih terancang dan berdaya saing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: